Berries World

....jom...sesama....melayari....dunia aku...

Name: Berry1901
Location: Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia

Aku? Lahir pada 19 Januari 1977, Rabu, 5.10 petang...anak sulung dari 4 beradik. Bersekolah di Sek. Men. Sultan Sulaiman, K. Trg dari 1990-1994...bekas pelajar Sains Gunaan jurusan Mikrobiologi, UiTM Shah Alam 1996-1998. Berkahwin pada 9 September 2001...punyai seorang puteri pada 22 Jun 2002...

Wednesday, November 15, 2006

SMSS PERDANA 1991@Tingkatan Satu



Korang masih ingat tak majalah sekolah ni? Korang masih simpan tak? Ntah-ntah dah ke mana letaknya...

Aku masih lagi simpan dengan baik, harta berharga tu...setiap kali aku selak setiap muka surat...semuanya ada tersimpan cerita tersendiri...

Majalah sekolah ni untuk tahun 1991...ini bermakna pada tahun itu kita di tingkatan dua...Ingat lagi tak kat mana kelas kita pada ketika itu? Nun jauh kat belakang sekolah, depan kuarters kakitangan. Masa tingkatan satu dulu, lagi la terkebelakang, berjiran dengan 1B1.

Hahahaha....bercerita pasal tingkatan satu...jom...aku nak bawa korang balik sekejap ke zaman tu...

Kita memasuki alam sekolah menengah pada penghujung tahun 1989, dalam bulan 12. Dengan seribu macam perasaan...takut, malu, segan...bangga...takut sebab ada senior...kut kena buli pulak, malu sebab sekolah dah makin besar...ramai orang, segan pun ada...yelah macam2 jenis kawan dapat jumpa...yang kaya, yang lagi pandai, yang lagi pandai bergaya, bangga...sebab bukan budak sekolah rendah lagi...IC pun dah ada beb!!!

Aku semasa memula masuk SMSS, ditempatkan di 1C3. Berjiran dengan kelas K'roe. Dalam menunggu permohonan ke SHAMS, aku belajarlah di aliran perdagangan. Setelah 2/3 bulan, permohonan dah penuh, maka kita semua yang nak masuk sekolah aliran arab ni pun telah ditempatkan ke kelas aliran arab (AA), batch pertama tu...PIONEER.

Aku ni bukan minat sangat Arab ni, cuma ikutkan kemahuan ibu bapak aku je...dalam hati tuhan aje yang tahu!! Asyik kena marah aje...aku rasa aku la murid paling tak pandai kalau masa kelas arab. Asyik kena berdiri atas kerusi...paling tinggi atas meja!! Dah le aku ni dah SAYUT!!!...Korang tahu aje laa...camno Ustazah Jara Sidek tu....Tiap kali Ustazah Jara nak masuk mengajar...aku paling gelabah...rasa nak ghaibkan diri je...huahuahua...

Nanti ada masa, aku upload gambar-gambar masa hingus mula nak kering tu eh!!

Paling aku tak lupa kenangan masa time ni ialah Zul n Shazan yang suka pinjam roller glue aku. Sapu atas belakang tapak tangan...tunggu sampai kering...pastu depa tanggalkanlah lapisan gam yang dah kering tu..ntah apa-apa laa...aku pun tak faham la apa tujuan depa buat cam tu...

Korang ingat tak lagi, time masa ni gak kita semua punya meja disusun dalam bentuk U. Pergh!! Canggih tu...Oklah...setakat ini dulu, lain kali aku coretkan lagi...

Tuesday, August 29, 2006

Kunjungan Nik n Sally


Nik n family...Sally n family...datang ke teratak aku pada 9 Julai 2006 yang lalu. Sebetulnya, entah kenapa aku terlintas di fikiran untuk cuba menjejaki di manakah sahabat sekelas aku Nik Hazreesyam ini berada...sepantas itu juga kawan baik sejak kecik Nik, Mohamad Ashlyzan menghubungi Nik setelah aku dapat mengetahui no. hp Nik...maka terjadilah pertemuan ini.

Sudah hampir 8 tahun aku tidak berjumpa dengan Nik...kali terakhir ialah ketika kami masih di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, Nik sudah punya seorang cahaya mata perempuan yang cukup comel dan kehidupan yang selesa. Dan pertemuan kali itu dipenuhi dengan cerita-cerita zaman persekolahan kami....meriah rasanya.

Monday, August 07, 2006

Our Lovely One Princess Nur Nadhirah


Inilah buah hati pengarang jantung aku dan suami. Kehadiran Nur Nadhirah mengisi hari-hari kami dengan gelak tawa, gurauan dan sikapnya yang keletah. Dilahirkan pada 22 Jun 2002 pada jam 11.58 malam, normal dengan berat 3.3 kg. Pantang tengok ada pinggan mangkuk dalam sinki pasti pantas tangannya membasuh, rajin membantu aku melipat kain...oklah...walaupun lipatannya tak ubah macam longgokan roti canai!!

Friday, June 23, 2006

Cyber Love


Sepanjang aku hidup...dan untuk pertama kali hati ini merasai untuk jatuh cinta ialah ketika aku di bangku sekolah menengah...dan sehingga kini kenangan itu masih terpahat kukuh dalam hati dan ingatan aku selagi aku masih bernyawa...

Tapi untuk kali ini, aku ingin catitkan sesuatu tentang CYBER LOVE yang telah membawa aku ke jinjang pelamin dan sekarang punyai seorang puteri berusia 4 tahun.

Sebenarnya di sekolah dulu, aku amat dikenali sebagai minah brutal...tapi kebrutalan aku tu sekadar dalam kelas aku aje laa...kalau kat padang ke...aku la yang paling 'sopan'...nak buat camno dah hidup aku kat dalam kelas AA dari form 1 hingga form 5, tak kenal dunia lain Beb!!!Mungkin disebabkan sikap aku yang tak 'memikat' ni laa...aku tak pernah ada pak we sehingga aku bertemu CINTA INTERNET...bukan la tak ada langsung...cuma tak ada yang betul2 serius...

Bila aku dah masuki alam pekerjaan, aku masih jugak single. Sehinggalah...pada satu malam aku temankan housemate aku buat overtime kat Jabatan Radiologi. Bertarikh 22 Mei 2000, aku mengenali dunia chatting. Yang paling aku tak sangka aku dapat kenal dengan Mohammad Ridzuan, budak Taiping yang belajar kat Korea. Dia pernah telefon aku dari Korea. Orangnya baik, tak boleh lupa email dia yang selalu ada kata-kata nasihat...dan dimulakan dengan selawat dan salam pada Rasul SAW. Pada hari dia balik dari Korea, dia nak jumpa aku kat KLIA. Tapi aku tak pergi sebab aku TAKUT. Dia ada belikan aku buah kamichi...kalau tak salah aku. Last call aku dapat dari dia, dia kerja kat Cheras jugak, dengan company Korea. Aku terputus hubungan dengan dia bila aku dah serius dengan suami aku. Aku berterus terang dengan dia sebab aku tak nak permainkan perasaan orang. Dan dia boleh terima...cuma sedikit kecewa.

Pada 27 Mei. aku beranikan diri untuk datang ke gathering budak chat kat The King's, Bangsar. Alhamdulillah, kebanyakkannya baik dan boleh dibuat kawan. Dari situ aku mengenali suami aku dari jauh, dengan imejnya yang berambut panjang separas bahu, seluar gedoboh berpoket banyak...hahahaha!!! Dia perkenalkan diri sebagai Pendekar Araya.

Sehari ke sehari aku melayari duniat chatting aku...hanya sebagai pemerhati dan sesekali menyampuk, tapi aku tak pernah miss setiap kali ada gathering, karaoke, bowling, perlawanan bola sepak atau bola jaring antara group. Diam tak diam, ada beberapa 'mamat' la yang duk cuba dekati aku...tapi hati aku ni tak terbuka...sebab mungkin bukan masanya lagi...sehinggalah aku dapat PM dari Pendekar Araya. Pada mulanya, dia suka kacau housemate aku yang dah bertunang...so, aku selalu duk nasihat dia...tak baik kacau yang orang punya. Lama kelamaan kami jadi baik...geng aaahhh!!! Tanpa aku ketahui dia ada mintak no telefon aku dari housemate aku tu. Dan pada malam 4 Julai 2000, dia call aku untuk pertama kali!!! Sejak dari waktu itu, hari-hari aku tak pernah sunyi lagi....

11 September 2000, pertama kali aku memanggil dirinya ABANG. Hari-hari minggu kami banyak dihabiskan di KLCC..menonton wayang...dan setiap kali keluar, Araya akan dapatkan keizinan dari Ibu di KT. Araya akan jemput dan hantar aku hingga ke depan rumah walaupun kami keluar dengan menaiki bas. Dan kami tidak dibenarkan pulang lewat melebihi pukul 6 petang. Alhamdulillah, kami patuhi dan aku amat tidak sangka walaupun dengan imej yg berambut panjang, Araya tak pernah tinggal solat. Walaupun waktu tengok wayang, dia akan pastikan waktu mula wayang selepas waktu Zohor dan habis tidak terlalu lama selepas masuk waktu Asar.

Atas permintaan Ibu, Araya potong rambut pada 26 November 2000. Sebenarnya aku tak kisah dengan rambut dia...AKU SUKA sebenarnya!!!

Pada 21 Disember 2000, Araya hadiahkan aku handset untuk memudahkan dia menghubungi aku. Hubungan kami semakin serius apabila kami menghadiri kursus kahwin di Plaza Kotaraya pada 25 dan 26 Ogos 2001.

Akhirnya kami disatukan pada 9 September 2001 yang sepatutnya pada tarikh tersebut pada rancangan kami hanya untuk bertunang dahulu. Atas kehendak sebelah suami, kami diakadnikahkan. Bermulalah kehidupan kami bersama....

p/s : Dalam gambar, housemate yang kenalkan aku dengan dunia chatting. Ke majlis persandingan kawan chat kami yang bertemu cinta dalam dunia internet. Housemate aku tu pun dah kahwin dengan kawan chat jugak, punyai dua zuriat sekarang.

H.A.T.I.



Aku catitkan kembali catatan dari diari lama aku bertarikh 2 Januari 1996..

Hati yang baik ialah :
- hati yang redha dengan nasib buruk yang menimpa, sabar dalam kesusahan yang datang, tenang dalam sebarang suasana, sentiasa bersangka baik dengan ALLAH dan dengan sesama manusia, sangat bersyukur dengan Tuhan, serta sangat takut kalau-kalau tersilap dengan ALLAH dan sesama manusia.
- hati yang mudah memberi maaf dan mudah pula meminta maaf jika bersalah dan rendah hati dalam membetulkan kesalahan orang kerana menginsafi diri sendiri pun banyak kelemahan.
- hati yang sangat sensitif dengan kesusahan dan kesedihan orang lain, sangat ingin menolong kerana merasakan kesusahan orang seperti kesusahannya. Pantang mengambil hak orang lain, apatah lagi untuk bersifat tamak dan dengki.
- hati yang bersih daripada sifat sombong, dendam, bakhil, pemarah dan khianat.
- hati yang sentiasa terkenang-kenangkan ALLAH.

Thursday, June 08, 2006

LOVE

...Jam sudah menunjukkan pukul 4. 24 petang...masa pejabat beransur tamat..dan begitu jugalah masa dalam perjalanan hidup aku...tahun depan aku sudah berusia 30 tahun...Macam tak percaya...aku akan berusia 30 tahun...begitu pantas masa berlalu...entah sempat entahkan tidak aku berusia 30 tahun...andai ajal menjemput aku lebih awal...maka blog aku ini hanya akan jadi sebahagian dari kenangan ketika aku di dunia ini...

Sebenarnya tetiba ajer aku dapat idea untuk mencoretkan sesuatu tentang CINTA...sesuatu yang tak nampak pada zahir...macam masa...tak dapat dipegang...tapi dapat dirasa dengan usia....CINTA dapat dirasa dengan hati...

Aku pertama kali dapat surat cinta masa darjah 3...nama budak tu Saiful Nizam..orangnya sweet...aku pun tak tahu kat mana dia sekarang...tu pun dia suruh budak pompuan dari kelas aku yang tulis surat tu untuk aku...punya la aku siasat siap ugut budak pompuan tu lagi...dari budak pompuan tu la aku tahu pasal Saiful Nizam...dah dapat tahu maka dengan confidentnya aku pi serang budak lelaki tu...disebabkan aku budak pompuan paling tinggi dalam kelas...maka dengan beraninya aku tarik koler baju budak lelaki tu...terkejut juga la dia...aku warning dia...aku cakap aku tak suka...kita masih belajar...buat cara belajar...since hari tu...budak tu dah tak layan aku dah...aku pun buat mcm biasa aje laa...hahahhaha...

Masa aku darjah 5, aku pulak minat kat satu budak lelaki...dari kelas 5 M...budak baru dari Selangor...hensem..ada tahi lalat kat tengah2 pipi...orangnya tinggi..putih..suara pun best...memang aku minat habis la kat mamat ni...dah ler dia best player team football sekolah aku...(Aminah Ismail tahu laa pasal ni, dia satu kelas dengan aku masa sekolah rendah). Bayangkanlah...aku sanggup tiap-tiap petang ke padang sekolah setiap kali ada perlawanan bola sepak...hanya kerana nak tengok dia...namanya...MKN bin Kamaruddin. Dan aku pernah duduk kat meja dia semata-mata nak bagi surat yang aku tulis...masa tu kelas Ko-Kurikulum Pandu Puteri. Tapi perasaan ni singgah sekejap ajer....darjah 6, dia dah pindah sekolah lain...perasaan tu pun hilang bersama diri dia...tapi aku masih mampu untuk mengingati wajah dia...memang hensem.....

Wednesday, June 07, 2006

...Demi Waktu...


Demi Waktu
aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
yang kini hadir diantara kita
namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
yang selama ini temani hidupku

maafkan aku menduakan cintamu
berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
maafkanlah diriku sepenuh hatimu
seandainya bila ku bisa memilih

kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
mungkin semua tak kan seperti ini
dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
membawa aku dalam kehancuran

....Andai....


Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlalu
entah siapa yang tahu

mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
takkan tugumu kebal
tiada pertimbangan

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia



Andai 15 tahun dulu dapat ku ulangi...
Akan aku jadikan diri ini antara yang terbaik...
Akan aku cipta kenangan yang lebih manis...lebih harum...
...dari semalam...
Akan aku jadikan hati ini sekeras batu...
Agar aku tetap teguh dalam menghadapi setiap gelora hidup..
Agar air mata ini tidak perlu mengalir...
...hanya untuk menangisi suratan takdir...

Andai 15 tahun perjalanan dahulu adalah milik aku...
Akan aku ukir wajah-wajah kemenangan pada setiap langkah...
Akan aku bisikkan pada angin...khabarkan pada dunia...
Akulah antara insan yang paling bahagia....

Andai...aku bisa merubah segalanya...

...something to share...


walking story... i walk therefor i am.that's is my philosophy.as i believe that everyone is walking towards the same destiny. it's the destiny that can't be denied.so do not give life too much pressure. we are forever walking pass people we don't know, yet someday we might be friends. on the same route we take everyday. sometimes a change does occur for good and bad. for those who are still strong, giving away your time to another passenger can make the world seem a brighter place. the whole world consists of 3 layers, how one perceives thing, how other perceive thing and what the thing really is. watching the world is understanding oneself. i keep on walking towards my goal. when i'm tired, i take rest. when i'm lazy, i just sit down watching people passing by. sometimes i even walk backwards because there is something i left behind. May 7 2546 a49 bangkok thailand

kata-kata dari adik aku ketika praktikal kat bangkok...

Thursday, June 01, 2006

Jun kembali...

Semalam...sehari suntuk aku surfing...cari gambar roses dan silk ribbon embroidery...sambil tu duk belek fotopages awek adik aku...insya-Allah, kalau tak ada aral melintang mereka akan disatukan tahun hadapan.Adik lelaki aku ni, Sabtu nanti baliklah dari India...pi intai Taj Mahal...awek dia pun duk jauh...keje kat Northern Ireland.

Adik perempuan aku pun dah nak habis buat Acc(dip)bulan ni...Alhamdulillah. Semoga dia dapat further degree plak...sebab CGPA dia pun excellent.

Bila dapat tengok adik2 berjaya...rasa bahagianya...dan betapa cepat masa ini berlalu...serasanya baru semalam kami adik beradik riuh rendah main congkak...mandi sungai bila balik kg...aku agak rapat gak dengan adik-adik aku ni sebab mak ayah kami keje...since nenek dah meninggal..aku la yang duk jaga mereka. Arwah nenek meninggal seminggu sebelum UPSR...sedey giler!!! Aku rapat ngan arwah...Masa Form 1, balik dr sekolah terus masak nasi, goreng sayur n ikan...basuh baju kotor..lipat kain...kemas rumah...dah settle semua baru aku buat homework. Baju dan kasut sekolah adik2 memang tugas aku la yg cuci dan iron...masih aku ingat bila tiba hari raya...aku la yg paling sibuk...iron baju semua orang untuk 3 hari raya...hinggalah bila turn nak iron baju aku...aku dah tak larat...penat...hehehehe...

Dah memang sifat aku tak boleh duk diam...dan perangai tu masih terbawa sampai sekarang...bila hujung minggu aku sentiasa sibukkan diri aku buat itu ini...walau pening kepala sekalipun aku lawan...aku tak boleh banyak rehat...nanti mata asyik nak tidur ajer...sekarang ni aku 'bangga' sebab belakang rumah yang kami pindah sejak Jun tahun lepas dah ada pokok nangka, betik, limau nipis, serai, halia, kunyit, lengkuas, daun limau purut, daun kari dan kacang botor. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki kami sekeluarga...

Masa kecik2 dulu aku suka bayangkan macam mana rasa bila dapat duduk rumah batu 2 tingkat...punya bilik sendiri dengan pelbagai kelengkapan....tentu seronok!!! Aku suka habiskan masa2 petang aku dengan melukis pelan rumah siap dengan susunatur perabot lagi...tapi cita2 aku tak kesampaian untuk jadi arkitek sebab ibu tak izinkan...dan cita2 aku itu kini disambung oleh adik lelaki yg pada mulanya mendapat tentangan juga dari ibu.

Banyak kisah-kisah aku masa kecil dulu bila diingatkan semula...boleh buat aku tersenyum, tergelak...sedih...hingga tanpa disedari air mata ini menitis....tapi aku bangga kerana pengalamn yg telah aku lalu telah menjadikan DIRI AKU seperti hari ini...

Bulan Jun ini genaplah setahun kami di rumah milik sendiri...dan pada 22 Jun nanti genaplah puteri hatiku berusia 4 tahun...